Refleksi Ramadan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. Ramadan ke-22 kali aku bakal tiba. Mungkin buat kali terakhir untukku, mungkin juga buat kamu. Terdetik di minda aku tentang kehidupan yang aku jalani selama 22 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini. Segala kegelisahan tentang tujuan duniawi ini aku meratapi. Masa depan yang aku impikan. Pahala yang ingin aku semaikan. Ibu bapa yang ingin aku bahagiakan. Tertanya, inikah tujuan aku? Atau aku lupa. Kehidupan ini hanyalah sementara, Segala impian tersebut mungkin sahaja tidak tercapai dek kerana direntap malaikat maut. Sepertimana detik tersebut sudah hampir beberapa kali aku hadapi. Aku masih lagi diberikan kemampuan bernafas untuk mengingati dan memperbetulkan kesilapan aku. Diberi rahmat 'kemampuan' untuk berfikir tentang perkara buruk dan baik. Diberi peringatan demi peringatan. Benar, kehidupan yang senang, ...