Belajar Menulis

 

Belajar Menulis ?

Aku rasa menulis boleh menjadi terapi jiwa  walaupun aku baru saja start menulis; 

Bila aku menulis , kegusaran dalam minda sedikit lega . Pernah tak ? korang ada satu "glance" idea dalam fikiran  dimana "idea" 'tersebut tu nampak WOW sangat , tetapi sayangnya dia berlalu begitu saja.

Ibarat satu "hidayah"  dari Allah S.W.T tapi kita tak mengambil berat tentangnya . hmm

Jadi sekarang ni . aku dah start mencatat apa yang ada dalam fikiran aku dan apa yang terlintas dalam fikiran aku . 

Boleh aku melihat dan menganalisis semula proses berfikir aku . 

Bagi aku , introspektif adalah perkara yang manusia patut amalkan.
ia adalah satu tool semula jadi yang ada dalam diri kita . 

kalau kita kenali imam mazhab akidah kita , Imam Abu Hassan Al-Ash'ari .
Korang rasa , 40 tahun dia terjerumus dalam mazhab muktazilah dan beliau keluar dari ajaran tersebut rasanya sebab apa ?

Tak dinafikan tentang mimpi Rasullah S.A.W dan sebagainya .

Tapi  aku percaya salah satu rahmat yang diberi Allah S.W.T iaitu;
kemampuan bertaubat dan kemampuan untuk berfikir semula dari jalan yang salah sangat kuat pada Imam Abu Hassan Al-Ash'ari.

Kemampuan itu juga adalah satu harapan atau kunci kepada kaum yahudi dan nasrani untuk mereka kembali ke jalan yang benar . 

Kemampuan itu sendiri adalah satu rahmah .

Jadi , marilah kita introspektif = muhasabah diri sendiri .

Kita manusia , kita akan ada salah , tapi salah juga ada kecil ada juga besar . 

kalau selalu salah besar ja , siapa yang nak layan kan ? 

-Raufsemi

Comments

Popular posts from this blog

Save Contact

Ranting at the Canteen