Posts

Showing posts from December, 2024

Doktrinasi halus?

Sambil sambil tatal paparan telefon aku ni —keluar artikel tentang satu anugerah filem yang dimenangi oleh pengarah dari malaysia #mindaskeptikal aku mula berlegar legar — Siapa yang iktiraf mereka? Siapa yang menilai filem mereka dan siapa mereka?  Bagaimana filem yang beberapa bulan sahaja ditayangkan secara indie boleh memenangi anugerah di luar negara ? Adakah itu satu Anugerah indie/underground atau satu bentuk "rationalizer" zaman sekarang ? Aku mula mengingati balik zaman "try to fit in" aku semasa sekolah rendah dan menengah.Aku bukanlah orang yang pandai bersukan sangat pon, tapi adala satu dua acara sukan yang aku masuk – seperti ragbi dan bolasepak.Setiap kali cikgu aku nak aturkan pertandingan untuk kami — baik dari sukan atau apa apa pertandingan. "Dapat Sijil" adalah satu perkara pertama yang keluar dari mulut mereka . Sogokkan  "Bila hampa join nanti , dapat sijil" menjadi  kata keramat apabila cikgu cikgu nakkan pelajar menyertai ...

13 December 2024

Harini aku dikejutkan dengan berita kematian mak tiri aku. Aku panggil dia "Makda" Semoga kematian dia mendapat kelebihan yang selayaknya — Lebih lebih lagi pada hari jumaat ini. Walaupun ada hadith yang tidak kuat & sahih tentang keistemewaan kematian pada hari jumaat ini .  Walaubagaimanapun, hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”.[Riwayat Muslim, no. Hadith 1411] Hari jumaat juga mempunyai satu masa yang istimewa dimana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbulkan doa hambanya yang berdoa kepadaNya. Semoga Makda di ampunkan dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman.  Amin Ya Rabbal Alamin