13 December 2024

Harini aku dikejutkan dengan berita kematian mak tiri aku. Aku panggil dia "Makda"

Semoga kematian dia mendapat kelebihan yang selayaknya — Lebih lebih lagi pada hari jumaat ini.

Walaupun ada hadith yang tidak kuat & sahih tentang keistemewaan kematian pada hari jumaat ini . 

Walaubagaimanapun, hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”.[Riwayat Muslim, no. Hadith 1411]

Hari jumaat juga mempunyai satu masa yang istimewa dimana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbulkan doa hambanya yang berdoa kepadaNya.

Semoga Makda di ampunkan dosa dan ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Amin Ya Rabbal Alamin

Comments

Popular posts from this blog

Save Contact

Ranting at the Canteen

Belajar Menulis