Doktrinasi halus?
Sambil sambil tatal paparan telefon aku ni —keluar artikel tentang satu anugerah filem yang dimenangi oleh pengarah dari malaysia
#mindaskeptikal aku mula berlegar legar — Siapa yang iktiraf mereka? Siapa yang menilai filem mereka dan siapa mereka?
Bagaimana filem yang beberapa bulan sahaja ditayangkan secara indie boleh memenangi anugerah di luar negara ?
Adakah itu satu Anugerah indie/underground atau satu bentuk "rationalizer" zaman sekarang ? Aku mula mengingati balik zaman "try to fit in" aku semasa sekolah rendah dan menengah.Aku bukanlah orang yang pandai bersukan sangat pon, tapi adala satu dua acara sukan yang aku masuk – seperti ragbi dan bolasepak.Setiap kali cikgu aku nak aturkan pertandingan untuk kami — baik dari sukan atau apa apa pertandingan.
"Dapat Sijil" adalah satu perkara pertama yang keluar dari mulut mereka .
Sogokkan "Bila hampa join nanti , dapat sijil" menjadi kata keramat apabila cikgu cikgu nakkan pelajar menyertai pertandingan.
Aku selalu menyoal. Kenapa masyarakat sukakan validasi seperti ini? Sampaikan ada yang sanggup bayar dewan yang mahal-mahal semata mata nak buat anugerah syok sendiri mereka.Aku tahu orang yang tak setuju akan sentiasa justifikasi walau apa pun berlaku. Aku tak nafikan yang anugerah , sijil dan seangkatan dengannya adalah satu perkara yang baik. Tetapi bagaimana perkara tersebut dieksploitasi menjadi persoalan aku .Takkan kita nak melahirkan masyarakat yang syok sendiri?
Satu petikan dari "Guru" alam maya aku.
Hati-hati dengan pelbagai anugerah. Zaman ini banyak business jual award. Kita rakyat marhaen kena bijak menapis dan jangan cepat sangat teruja - Aliff ahmad
- Disclaimer
Tiada satu masalah pon tentang sijil ni. Aku akur manusia ni ada tingkatan pemikiran dan bakat.
Sijil adalah satu penghargaan dan pengiktirafan kepada orang yang layak.
Comments
Post a Comment